"Jadilah bunga yang terpelihara,kerana mahligai syurga itulah tempatnya..."

Thursday, November 11, 2010

Opick- Rapuh

Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
diantara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMU
yang terindah dalam hidupku
Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMU
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMU
Maafkanlah bila hati
tak sempurna menyintaiMU
dalam dada kuharap hanya
Dirimu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMU

Saidatina Khadijah: Contohilah Dia Wahai Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Saidatina Khadijah: Contohilah Dia Wahai Wanita iluvislam.com + discover the beauty of islam

Monday, June 7, 2010

Coretan

Assalamualaikum..

Agak lama tidak update blog.. Saya bersyukur kerana masih diberi peluang oleh ALLAH utk menghirup udara yang segar,masih boleh bersama-sama keluarga,masih boleh bertaubat dan masih boleh menunaikan tanggungjawab dan suruhanNYA.. Alhamdulillah.. Banyak yang saya pelajari sepanjang saya tidak mengupdate blog ini.. Terima kasih ya ALLAH kerana menyedarkan hambaMU yang hina ini..

saya ini bukanlah sesempurna mana.. sesiapa pun tidak sempurna.. masing2 pernah membuat kesilapan dalam hidup.. begitulah juga dengan saya. selama ini mungkin saya leka dengan dunia..hidup sentiasa rasa sunyi.. tetapi alhamdulillah, kini tidak lagi sunyi..

apa yang ingin saya kongsikan, hidup di dunia ini hanyalah sementara.. akhirat kekal selamanya.. pintu taubat masih lagi terbuka.. perlahan-lahan melakukan perubahan.. itulah yang saya lakukan demi mendapatkan keredhaanNYA..tegurlah sekiranya ada silap salah saya..


salam ukhwah
nurbaiti

Friday, April 16, 2010

Hentikan.........

Tolonglah....
Jangan buang bayi lagi
Mereka tidak berdosa
Mereka juga mahu hidup
Tidak adakah sekelumit perasaan sayang untuk mereka
Setelah jerih perih kau mengandung dan melahirkan?

Tolonglah...
Jangan ditambah dosa lagi
Setelah kau buat maksiat dengan kekasih yang belum halal untukmu
Tergamak kau buang bayi ini di tong sampah
Hanya dibungkus dengan kertas

Tolonglah...
Jangan buang bayi lagi
Beri pada mereka yang memerlukan
Sayu hatiku
Tatkala melihat bayi yang tidak berdosa ini
dibuang merata-rata..
Dimanakah naluri keibuanmu?
Dimanakah nilai perikemanusiaanmu?

Bayi ini tidak berdosa
Aku punya naluri keibuan
Meskipun belum lagi berkahwin dan mempunyai anak
Mereka punya hak untuk hidup
aku sedih...

Bingkisan buat ibu kepada bayi-bayi yang dibuang ini

Aku anakmu
Biarpun aku adalah hasil dari yang haram
Aku jua punya hak untuk hidup
Aku ingin dikasihi, dibelai, dimanja, diberi didikan yang sempurna
Lahirku ke dunia
bukan pintaku
bukan untuk dihurungi semut
bukan untuk dibakar
dibuang merata-rata
Bertaubatlah...

Buat Insan Bergelar Sahabat.......

Sahabat.....
Andai aku sepi tanpa berita
Rindukah engkau padaku?
Mahukah engkau mencariku?
Atau engkau jua akan menyepi sepertiku?

Sahabat.....
Andai aku pernah sakiti hatimu
Maafkanlah aku, redhakanlah segalanya
Doakanlah aku tenang, setenang air di lautan


Sahabat....
Aku rindu padamu
Adakah kau pun begitu?
Tahukah engkau apa yang aku lalui di hari-hari ku?
Terfikirkah engkau akan aku?

Sahabat....
Segala jawapan ada padamu
Siapakah aku dihatimu
Kau kan ku rindui
Dulu...kini...dan selamanya....



~Sekadar Coretan Buat Kenangan~
~nurbaiti mohamed~

Wednesday, March 24, 2010

~Pintu Taubat Masih Lagi Terbuka~

Setiap manusia tidak pernah lekang daripada dosa. Hanya berbeza samada melakukan dosa besar atau kecil. Manakala sifat manusia itu ialah lupa atau lalai. Diperingkat umur muda, kelalaian dan lupa itu amatlah ketara. Kelemahan yang ada ini menyebabkan remaja adakalanya melampaui batas dan melanggar pedoman Allah s.w.t. Perlakuan dosa yang diulang-ulang secara sedar membentuk titik-titik hitam dalam hati. Terlalu banyak titik hitam menyebabkan warna hati bertukar menjadi gelap. Secara rohaniahnya, titik-titik hitam yang tidak dibersihkan akan menyebabkan lebih banyak kelalaian.

Hati orang muda ibarat sebuah cermin. Cermin yang baik ialah cermin yang ada kilauan. Cermin yang jernih memantulkan imej wajah yang jernih. Oleh itu, marilah kita kembali kepada Allah dengan jalan taubat. Lakukanlah ia dengan penuh keikhlasan dan kejujuran diri. Dosa kita dengan manusia lain harus diselesaikan sesama manusia. Dosa terhadap Allah harus langsung kepada-Nya. Mereka yang bertaubat dan berazam melakukan kebaikan dan amal yang bermanfaat dalam hidup ibarat seorang anak yang lahir semula.


Bertaubatlah sebelum terlambat kerana Allah s.w.t itu Maha Penerima Taubat dari hamba-Nya. Dialah Tuhan yang benar lagi Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

*juga ingatan buat diriku...

MUSLIMAH SEJATI

Mutiara yang bersinar dapat dilihat dari kejauhan oleh penghuni langit adalah wanita solehah..Muslimah yang sejati ini menjadi perhiasan hakiki di dunia yang memperindahkan bumi dan mendamaikan segala keadaan. Tidak keterlaluan dia adalah dikalangan penyelamat dunia. Tanpanya dunia akan terus-terusan bergelombang bencana.
Ciri-ciri Muslimah sejati adalah mereka ini akan menghiasi peribadinya dengan budi pekerti yang luhur dan keimanan yang murni. Fitrah kasih saying tersimpan dalam perasaannya yang halus sehingga membuahkan kelembutan dan kehalusan perasaan insaniah. Jika sentiasa dijaga dengan didikan syariah, mereka akan menghiasi taman syurgawi di akhirat..
Alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi muslimah solehah yang berpegang teguh dengan ajaran kesucian (islam) dan menghiasi bibirnya dengan perkataan mulia dan berzikir. Hatinya tunduk dan patuh dengan perintah Allah. Menjalankan kewajipan insani sesuai dengan ketentuanNya. Muslimah sejati bagaikan bunga yang mekar menguntum menceriakan suasana dan taman-taman..
Personaliti wanita idaman bagaikan kiambang bertaut setelah biduk berlalu. Betapapun cabaran dan dugaan yang mendatang, namun kebulatan tekad menyatukan kembali hasrat kebenaran di dalam nurani. Ketaatan menyejukkan kalbu, bagaikan titisan embun pagi yang dingin sehingga menjadi suri teladan generasi akan datang.
Wanita solehah merupakan calon penghuni syurga, menjadi dambaan insan yang beriman. Mereka bagaikan teratai mekar di tasik madu. Keindahan akhlaknya memancarkan keluhuran nurani, menyejukkan hati dan penyeri budi pekerti.
Semoga menjadi pedoman wanita yang ingin menjadi remaja cemerlang, isteri solehah dan ibu yang penyayang…

Insya-Allah..amiiinn