"Jadilah bunga yang terpelihara,kerana mahligai syurga itulah tempatnya..."

Thursday, November 11, 2010

Opick- Rapuh

Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
diantara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMU
yang terindah dalam hidupku
Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMU
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMU
Maafkanlah bila hati
tak sempurna menyintaiMU
dalam dada kuharap hanya
Dirimu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMU

Saidatina Khadijah: Contohilah Dia Wahai Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Saidatina Khadijah: Contohilah Dia Wahai Wanita iluvislam.com + discover the beauty of islam

Monday, June 7, 2010

Coretan

Assalamualaikum..

Agak lama tidak update blog.. Saya bersyukur kerana masih diberi peluang oleh ALLAH utk menghirup udara yang segar,masih boleh bersama-sama keluarga,masih boleh bertaubat dan masih boleh menunaikan tanggungjawab dan suruhanNYA.. Alhamdulillah.. Banyak yang saya pelajari sepanjang saya tidak mengupdate blog ini.. Terima kasih ya ALLAH kerana menyedarkan hambaMU yang hina ini..

saya ini bukanlah sesempurna mana.. sesiapa pun tidak sempurna.. masing2 pernah membuat kesilapan dalam hidup.. begitulah juga dengan saya. selama ini mungkin saya leka dengan dunia..hidup sentiasa rasa sunyi.. tetapi alhamdulillah, kini tidak lagi sunyi..

apa yang ingin saya kongsikan, hidup di dunia ini hanyalah sementara.. akhirat kekal selamanya.. pintu taubat masih lagi terbuka.. perlahan-lahan melakukan perubahan.. itulah yang saya lakukan demi mendapatkan keredhaanNYA..tegurlah sekiranya ada silap salah saya..


salam ukhwah
nurbaiti

Friday, April 16, 2010

Hentikan.........

Tolonglah....
Jangan buang bayi lagi
Mereka tidak berdosa
Mereka juga mahu hidup
Tidak adakah sekelumit perasaan sayang untuk mereka
Setelah jerih perih kau mengandung dan melahirkan?

Tolonglah...
Jangan ditambah dosa lagi
Setelah kau buat maksiat dengan kekasih yang belum halal untukmu
Tergamak kau buang bayi ini di tong sampah
Hanya dibungkus dengan kertas

Tolonglah...
Jangan buang bayi lagi
Beri pada mereka yang memerlukan
Sayu hatiku
Tatkala melihat bayi yang tidak berdosa ini
dibuang merata-rata..
Dimanakah naluri keibuanmu?
Dimanakah nilai perikemanusiaanmu?

Bayi ini tidak berdosa
Aku punya naluri keibuan
Meskipun belum lagi berkahwin dan mempunyai anak
Mereka punya hak untuk hidup
aku sedih...

Bingkisan buat ibu kepada bayi-bayi yang dibuang ini

Aku anakmu
Biarpun aku adalah hasil dari yang haram
Aku jua punya hak untuk hidup
Aku ingin dikasihi, dibelai, dimanja, diberi didikan yang sempurna
Lahirku ke dunia
bukan pintaku
bukan untuk dihurungi semut
bukan untuk dibakar
dibuang merata-rata
Bertaubatlah...

Buat Insan Bergelar Sahabat.......

Sahabat.....
Andai aku sepi tanpa berita
Rindukah engkau padaku?
Mahukah engkau mencariku?
Atau engkau jua akan menyepi sepertiku?

Sahabat.....
Andai aku pernah sakiti hatimu
Maafkanlah aku, redhakanlah segalanya
Doakanlah aku tenang, setenang air di lautan


Sahabat....
Aku rindu padamu
Adakah kau pun begitu?
Tahukah engkau apa yang aku lalui di hari-hari ku?
Terfikirkah engkau akan aku?

Sahabat....
Segala jawapan ada padamu
Siapakah aku dihatimu
Kau kan ku rindui
Dulu...kini...dan selamanya....



~Sekadar Coretan Buat Kenangan~
~nurbaiti mohamed~

Wednesday, March 24, 2010

~Pintu Taubat Masih Lagi Terbuka~

Setiap manusia tidak pernah lekang daripada dosa. Hanya berbeza samada melakukan dosa besar atau kecil. Manakala sifat manusia itu ialah lupa atau lalai. Diperingkat umur muda, kelalaian dan lupa itu amatlah ketara. Kelemahan yang ada ini menyebabkan remaja adakalanya melampaui batas dan melanggar pedoman Allah s.w.t. Perlakuan dosa yang diulang-ulang secara sedar membentuk titik-titik hitam dalam hati. Terlalu banyak titik hitam menyebabkan warna hati bertukar menjadi gelap. Secara rohaniahnya, titik-titik hitam yang tidak dibersihkan akan menyebabkan lebih banyak kelalaian.

Hati orang muda ibarat sebuah cermin. Cermin yang baik ialah cermin yang ada kilauan. Cermin yang jernih memantulkan imej wajah yang jernih. Oleh itu, marilah kita kembali kepada Allah dengan jalan taubat. Lakukanlah ia dengan penuh keikhlasan dan kejujuran diri. Dosa kita dengan manusia lain harus diselesaikan sesama manusia. Dosa terhadap Allah harus langsung kepada-Nya. Mereka yang bertaubat dan berazam melakukan kebaikan dan amal yang bermanfaat dalam hidup ibarat seorang anak yang lahir semula.


Bertaubatlah sebelum terlambat kerana Allah s.w.t itu Maha Penerima Taubat dari hamba-Nya. Dialah Tuhan yang benar lagi Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

*juga ingatan buat diriku...

MUSLIMAH SEJATI

Mutiara yang bersinar dapat dilihat dari kejauhan oleh penghuni langit adalah wanita solehah..Muslimah yang sejati ini menjadi perhiasan hakiki di dunia yang memperindahkan bumi dan mendamaikan segala keadaan. Tidak keterlaluan dia adalah dikalangan penyelamat dunia. Tanpanya dunia akan terus-terusan bergelombang bencana.
Ciri-ciri Muslimah sejati adalah mereka ini akan menghiasi peribadinya dengan budi pekerti yang luhur dan keimanan yang murni. Fitrah kasih saying tersimpan dalam perasaannya yang halus sehingga membuahkan kelembutan dan kehalusan perasaan insaniah. Jika sentiasa dijaga dengan didikan syariah, mereka akan menghiasi taman syurgawi di akhirat..
Alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi muslimah solehah yang berpegang teguh dengan ajaran kesucian (islam) dan menghiasi bibirnya dengan perkataan mulia dan berzikir. Hatinya tunduk dan patuh dengan perintah Allah. Menjalankan kewajipan insani sesuai dengan ketentuanNya. Muslimah sejati bagaikan bunga yang mekar menguntum menceriakan suasana dan taman-taman..
Personaliti wanita idaman bagaikan kiambang bertaut setelah biduk berlalu. Betapapun cabaran dan dugaan yang mendatang, namun kebulatan tekad menyatukan kembali hasrat kebenaran di dalam nurani. Ketaatan menyejukkan kalbu, bagaikan titisan embun pagi yang dingin sehingga menjadi suri teladan generasi akan datang.
Wanita solehah merupakan calon penghuni syurga, menjadi dambaan insan yang beriman. Mereka bagaikan teratai mekar di tasik madu. Keindahan akhlaknya memancarkan keluhuran nurani, menyejukkan hati dan penyeri budi pekerti.
Semoga menjadi pedoman wanita yang ingin menjadi remaja cemerlang, isteri solehah dan ibu yang penyayang…

Insya-Allah..amiiinn

TEMUDUGA...

SEMUA DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN KEKOSONGAN JAWATAN:
A) Ahli Syurga Dari Awal.
B) Ahli Neraka Dari Awal.
C) Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A)
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi..

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara langsung ataupun tidak langsung, bermula dari saat
membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur(alam barzakh)

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa sijil-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta.
Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik,
hensem atau berbadan tegap dan seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Munkar dan Nakir.

6 SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apakah Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Dimana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda bila-bila masa saja(mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang yang tertentu dan akan bengis kepada orang yang tertentu.





TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung kedua kakinya.

Dia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tiada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tiada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tiada jalan masuk. Kemudian didatangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka Malaikat berkata kepadanya:
Duduklah kamu. Kepadanya(mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki(Muhammad) yang kamu dulu sentiasa bercakap tentangnya dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah s.w.t yang membawa kebenaran daripada Allah s.w.t.

Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya, itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya”

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala,kanan.kiri dan hujung kaki)

Wallahualam.. Semoga berjaya di dalam temuduga ini…..

Thursday, March 18, 2010

Muhasabah diri

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis di blog ini.. agak lama tidak menulis. Kali ini inginku kongsikan pengalaman ku menerusi kembara di bumi Allah ini. Banyak yang dapat ku lihat sepanjang kembara ini.. keseronokan,kesedihan jelas terpancar di raut wajah insan-insan yang ke temui.. pengalamanku bertemu dengan insan yang tidak berdaya akibat serangan strok. Seorang warga emas yang ku anggarkan umurnya 70 tahun seorang diri di rumahnya. Tertanya aku, dimanakah anaknya? Tinggal dengan siapa nenek ini? Hanya Allah yang mengetahui apa yang tersirat.
Ya Allah, sempatkah aku untuk berbakti kepada kedua orang tuaku? Kau lindungilah mereka. Kau tetapkanlah hatiku agar dapat berbakti kepada mak dan ayahku..
Wahai anak-anak diluar sana, jagalah ibu ayahmu selagi ada hayat mereka..

Monday, March 1, 2010

MANA MILIK KITA-RABBANI

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Friday, February 19, 2010

SAHABAT..

PERNAHKAH KITA TERFIKIR, APAKAH YANG SEDANG DIALAMI OLEH SAHABAT KITA SEKARANG? PERNAHKAH KITA TERFIKIR, ADAKAH KITA SAHABAT YANG BAIK BUAT SAHABAT@RAKAN KITA? SEBENARNYA KITA FIKIR YANG KITA ARIF TENTANG SAHABAT@KAWAN KITA TETAPI SEBENARNYA KITA TIDAK TAHU KISAH SILAMNYA, KITA TIDAK TAHU APA YANG PERNAH DI ALAMINYA.. APABILA BERHIJRAH KE TEMPAT BARU, KITA AKAN BERJUMPA SAHABAT@RAKAN BARU MANAKALA KITA AKAN LUPA SAHABAT LAMA KITA.. APAKAH ISTILAH SAHABAT BAGI ANDA? SAHABAT SEJATI ADALAH SAHABAT YANG BERADA DI SISI KETIKA DIWAKTU SUSAH MAHUPUN SENANG..YANG MAMPU MENANGIS DAN KETAWA BERSAMA KITA..APAKAH HARI INI KITA MASIH MEMPUNYAI SAHABAT SEPERTI INI?? JIKA ADA, SAYANGILAH DAN FAHAMILAH HATI DAN PERASAANNYA SEBELUM IA PERGI MENINGGALKAN KITA..
SAHABAT SEPERJUANGANKU.. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAAN KALIAN BERSAMAKU..KENANGAN BERSAMA KALIAN TAKKAN KU LUPA. SEMOGA UKHUWAH YANG TERJALIN KEKAL SELAMANYA..

JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN..

Jika kamu memancing ikan….Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu…..Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja….Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ……..
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang…Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya….Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu….
Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar KEPERLUANmu…Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. Akhirnya ia dibuang….
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya…..Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA….Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya….akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan.
Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan……yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU… MENGASIHIMU…Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu juga yang akan MENYESAL….

Sahabat-Hawary

Pertemuan...telah ditakdirkan...
antara kita tidak pernah dirancangkan...
manalah takdir hendak dilawan...
semuanya ketentuan tuhan...
wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama sama kita lalui
suka dan duka memburu impian..
moga teguh..nya ikatan ini..
sahabat...yang amat ku kasihi..(kasihi..)
susah senang kau disampingku(di sampingku..)
kehadiran dikau disisi...(sahabatku)..
mengubat sepi dihatiku...
wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama -sama kita lalui
suka dan duka memburu impian...
moga teguhnya ikatan ini...
sahabat...yang amat ku cintai...(cintai..)
susah senang kau disampingku(di sampingku..)
walau kini hilang dimata..(sahabatku..)
namun kau tetap dihatiku..(sahabatku..)
ooo...sahabat bertuahnya ku rasa
mendapat teman sepetimu
membimbing menasihatiku...
hanya satu dlm beribu.....
ooooooo......sahabat yang amatku cintai....
susah senang kau disampingku...
walau kini hilang dimata....
namun kau tetap dihatiku...
namun kini...
hanyalah tinggal kenangan
pertemuan kita dilamar perpisahan
kemesraan bermekar diakhir perkenalan
sayup menitiskan air mataku...

Thursday, February 18, 2010

Ayah dan Ibu..

Pertama kali ku menulis di blog ini,akan kucoretkan mengenai ayah dan ibu,papa dan mama, abah dan mak, walid dan umi, atau apa saja yang anda panggil mak dan ayah anda.. diriku amat sensitif pabila mendengar tajuk ini dibicarakan di mana2 sahaja.. Ada saja kita dengar atau lihat, anak tinggalkan ayah di stesen bas, tinggalkan ibu di rumah org-org tua dan banyak lagi.. Alangkah sedihnya hati ini tatkala mendengarnya..Apakah perasaan si anak itu? Wahai anak-anak sekalian, sebagai anak, susah mana pun, sejahat manapun ayah dan ibu kita, tanpa mereka kita xkan hadir kedunia ini.. Hargailah mereka sementara mereka masih ada, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kita, hormatilah mereka..
Buat mak dan ayah yang amat kukasihi, anakmu ini ingin memohon maaf atas segala keterlanjuran kata mahupun perbuatan. Walaupun anakmu ini payah untuk meluahkan kata sayang, ketahuilah ayah dan mak yang aku sayangi, anakmu ini terlalu menyayangi dirimu..
Buat ayah dan ibu di seluruh negeri,negara.. daku doakan moga kalian dirahmati Allah dan sentiasa bahagia bersama anak-anakmu. Semoga diberi kesihatan yang baik.. amiin...